Tuesday, 4 August 2015

Master, PhD tak semudah yang disangka

Hai, Assalamualaikum

Siapa kata buat PhD, master ni mudah. Kalau ada yang kata buat PhD, master ni mudah mesti diorang dah habis buat master lah tuu. Mesti nak sedap kan hati orang yang bertanya tu kan? hee. Tapi bila fikir-fikir balik, dalam apa jua perkara yang kita azamkan, kita usahakan pun bukannya mudah kan. Setiap perkara ada cabaran yang tak dapat kita elak. Itu suatu kemestian! Kalau takde cabaran, tak sweet la hidup ni. hee.

Macam saya sendiri baru je sambung pengajian dalam master tahun lepas kat ukm, tetibe dah masuk sem 4, sem akhir tinggal buat tesis ngan prosiding. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar. Buat tesis ni satu perkara yang buat saya asyik tepuk kepala ajee. Sebab, tak dapat data. Haihh^^. Tu pun dah mencabar jiwa, raga, kalbu semua lah. Ni baru kajian tesis untuk master taw, belum lagi PhD tu weyh.. PhD (Permanent Head Damage) taw orang called niyh. Perghhh 'Kerosakan Otak Kekal' Hakss. Kalau orang yang ambik PhD sampai 6 tahun belajar baru habis PhD dia, maknanya , 6 tahun lah dia mengalami 'Kerosakan Otak Kekal' hohooo^^. 

Pernah je berangan nak sambung PhD lepas habis master ni, bukannya tak pernah.hehe. Dapat pulak kalau dapat title (Dr...Dr. Nurain) perghh berangan sampai ke bulan bebb.heee^^. But to get the title (DR.) is not simple as u eat kacang ehh. It is full of hardwork, continuos, sustainable, lot of effort and study...Kadang-kadang kena mula dengan zero balik.., kalau research tu tak valid kena buat topik lain pulak, itu lah yang diorang kata 'kerosakan otak kekal' tu.. Jangan main-main eh.

Tapi ada je yang dah berjaya! Wahh , Tahniah diucapkan. Cuma nak cakap. Mereka yang berjaya tu.. segala usaha penat lelah cabaran anda untuk mendapatkan PhD terlaksana. Bukan semua orang mampu siapkan PhD dalam tempoh yang ditetapkan 'Grad On Time'. Tahniah!^^ . Lagi-lagi mereka yang ambil PhD ni ada yang mempunyai komitmen tanggungjawab lain. Ada yang sudah berkahwin, anak-anak, pregnancy reason, sakit, family problem..financial problem.. dan lain-lain yang kita sendiri tak expect akan berlaku. Well.. it is about Life, rite? Saya ada join satu group untuk PhD master ni dekat facebook. Nama group tu, Doctorate Group Support (DSG). Banyaklah kisah kejayaan dan cabaran yang mereka lalui yang mereka kongsikan kat ahli group. Kadang-kadang tu sampai nangis kot baca kisah-kisah diorang. Yelah masing-masing ada dugaan masing-masing kan T_T.humm 

So, sekarang ni saya tengah struggle utk master je. Itupun banyak kali tempang jugak lah (Putus asa). Kalau tempang tu ape lagi ? bangun la balik eh. Jangan tempang berterusan pulak. hukhuk^^. 


Ni muka poyo nak masuk jugak dalam blog. nak habaq kita struggle taw buat master ni. Sampai nangis-nangis jiwa kacaw. hahaa. Maklum la Cheq ni 'Hati Tisuu..^^ 

Kadang-kadang pelik jugak kenapa kita dah struggle tapi tak menjadi? kenapa tak dapat result yang kita harapkan. Solutionnya , cuba check balik hubungan kita ngan tuhan. Cuba tanya. :) Saya sendiri tak sempurna. Banyak kelemahan, kadang-kadang tak semua apa yang kita nak Allah akan tunaikan. Malah Allah tu bagi kelebihan dari sudut lain. Kadang-kadang kita sendiri tak perasan kan. 

Saya ambil master dalam bidang ekonomi. Masa degree ambil bidang Management. Tukar bidang, sebab rasa ekonomi macam best. Tapi sekali dah buat Master dalam ekonomi. Terus Kiock^^. First banyak 'Optimization', F.O.C calculus kena belajar , kira-kira semua...i really dont like it. ^^. but have to struggle meehh.. nak pass for master nii. 

Mohon semua pembaca doakan saya yee. Saya juga akan mendoakan kalian semua dalam hidup ini. All the best semua :). terima Kasih sudi melawat, membaca, melihat blog saya. Chaw. Bye. 



2 comments:

  1. caiyok kak! semoga succes dunia akhirat...

    Hai,assalamualaikum,

    saya jual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank...dn etc
    jemput lawat blog saya

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    dan ig saya

    @nurnasuha96_

    whatsapp : +60196117811

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai syah👋🏻, thanx visit blog akak 😊😊

      Delete