Saturday, 1 August 2015

Ms Nurain Blog : Ayah

Hai. Assalamualaikum.

Okay, entry kali ni bukan nak cerita masalah keluarga. nope. Ini tentang beza ayah sendiri dengan ayah tiri. Sesetengah orang entah macmana boleh terima ayah tiri tu macam ayah sendiri. of course memang boleh. tak nafikan pun. cuma saya rasa ..mereka sungguh beruntung. Macam saya sendiri ada ayah kandung. ayah tiri pun ada jugak. rite now duduk dengan mak and my stepfather. Tapi .. saya dah anggap my stepfather like my own father :) . Ambik masa jugak nak menyesuaikan diri. cuma anggapan like own father dengan real father takkan exactly the same. (in my case.huhu. kalau ada case macam ni mesti berbeza situation). 

Saya membesar bukan dalam kalangan keluarga yang sempurna. Oleh sebab itu, bila dah meningkat usia ni.. saya ada impian untuk di tunaikan huhu. Saya harap satu hari nanti when i get married my child will not experience what i've been through all this time. So, how can i be sure bout that? Jawapannya. Entah. tak tahu. hahaa. Some of my frens said, hidup ini adalah pilihan. Jika kita nak bahagia. kita pilih cara macamana nak kebahagiaan tu. iaitu Berusaha. Tapi, ada jugak situation yang mana seseorang itu takde peluang utk membuat pilihan. seperti suratan takdir. Entahlah. Bagi saya kedua-duanya betul. Hidup ini adalah pilihan. Hidup ini juga adalah takdir yang tersurat. tapi tak bermakna kita tak mampu mengubah yang sukar kepada yang senang.

Bagi saya membesar tanpa ayah disisi, its a tough thing. Lagi sedih mereka yang dah takde ayah. Saya ada je ayah kandung. Tapi, tak berpeluang untuk hidup bersama ayah kandung. Bila my parent divorce sejak kecil lagi, i lost opportunity merasa kasih sayang ayah. (okay, kalau kes yang ni. pilihan ke takdir?) 

Pandangan tentang Ayah? Ayah tu apa sebenarnya?

Ayah ..adalah suami kepada mak. Ada ayah dan mak, maka adalah kita. ayah adalah insan yang membesarkan kita. cari duit utk bagi makan, minum, pakaian, yuran sekolah dan lain-lain. Ayah mengajar kita tentang hidup. Seorang ayah akan nasihat kepada anak-anaknya yang hidup ni bukan satu gurauan. Ada banyak cabaran perlu ditempuh. Ayah ada disaat diperlukan. Kalau basikal rosak sape yang ambik tau? ayah la kan? nak beli tiub basikal ayah bawak pergi bengkel. motor rosak? kereta rosak pulak? yang ada adik-beradik lelaki bolehla tolong...hmm. 

Bila tengok kawan-kawan relation diorang dengan ayah . siap boleh manja-manja. bawak pergi jalan-jalan, ada problem call je ayah. nanti ayah datang. serius jeless weh hee. Apa yang penting bagi saya ..dalam proses seorang anak tu membesar..peranan mak ayah penting. Mak ayah berperanan mewaraskan anak mereka dari segi baik buruk hidup ni. itupun kalau anak tu nak dengar kata. hehe. Tapi, itulah peranan mak ayah untuk melenturkan anak mereka kepada lenturan yang baik. Jadi, sebab itu mereka yang tidak membesar dengan kasih sayang ayah, bukan mudah nak hadapi. 

Pandangan tentang Ayah tiri? sama ke dengan ayah kandung?

Okay je ada Ayah tiri. At least mak ade teman. ada orang yang boleh bantu. tapi ayah tiri bukannya boleh bergaul macam ayah sendiri. awkward tu still ada. tak banyak cakap. nak manja-manja? jauh sekali. dah besar kot. Ada sesetengah dapat ayah tiri yang sporting. pandai ambik hati. rezeki masing-masing la kan. Ade jugak ayah tiri advice something..macam sebelum nak exam dia ucap 'buat yang terbaik dalam peperiksaan nanti' :) for me...im just okay with that.  No problem. 

Harap ada mesej yang pembaca dapat dari entry kali ni. Terima kasih sudi membaca :) 

cc: shiyaoyu.com (picture) 



No comments:

Post a Comment