Monday, 7 September 2015

Delicious Cornery Popcorn: Sangat Daebakk !!!

Pernah rasa tak popcorn ni? Cornery Popcorn. Tersangat lah sedap Uolls. Kali pertama rasa popcorn ni haritu masa pergi main bowling dengan kawan-kawan belajar UKM dekat IOI city Mall Putrajaya. Lepas main bowling dan cuci mata tengok kedai-kedai yang mewah kat ioi Mall tu, lalulah depan Cornery Popcorn. Ehmm. Popcorn ni nampak menarik..sangat menarik. Sejujurnya, ianya sangat menarik perhatian untuk melihat, membeli, justeru dan memakannya juga. wahhaaa!. 

   
                                                              Okay! Dah Snap!

Cornery Popcorn ni menarik sebab banyak flavours yang dia buat. Haa . Tengok ! ada butterscotch, caramel, chocolate, peanut, bublegam?, banana?, grape soda? perisa Gula mElaka pun ada?? hahha. Oh ye, Perisa Kimchi pun ade taw :) . 

                        
  
Nah!. Belanja gambar Lagi :) Hehhee. 

                       

Nyumm-nyumm. Truely Daebakk! Untuk popcorn ni saya dah beli, saya dah rasa. Saya rasa hati macam ada bunga-bunga bila makan popcorn cornery ni.hahhaa! Dan yang pasti memang sedap .Thumbs Up for 5***** :) Welldone Cornery Popcorn !!!. 

Penghasilan Popcorn Conery bermula di Singapura sebagai negara pengeluar pertama yang menghasilkan Cornery Popcorn ni, diikuti Oleh Malaysia, dan juga China. Corney Malaysia Head Office terletak di Bandar Puchong Jaya. Di Malaysia terdapat beberapa Popcorn Cornery Gallery. Antaranya 

- KL Festival City
- Cheras Central
- Quill City Mall
- IOI City Mall, Putrajaya 

Kemunculan Cornery Popcorn ini, dikatakan telah mengubah persepsi orang ramai tentang popcorn yang mana popcorn biasanya didapati apabila menonton wayang@panggung. Namun, ternyata kemunculan Popcorn Cornery telah memberikan sentuhan baru dalam tren pemakanan popcorn, yang mana kini tidak terhad lagi kepada mereka yang menonton wayang di panggung sahaja. 

Bukan itu sahaja, keistimewaan Popcorn Cornery ini dihasikan daripada sumber jagung US popcorn kernel yang sememangnya mempunyai kualiti bertih jagung yang terbaik bagi menghasilkan bertih jagung corney yang lazat. 

Bertih jagung cornery munculnya dengan pelbagai perisa dan perasa yang mungkin salah satunya adalah kegemaran anda!. Kepada yang belum mencuba. Tolonglah Cuba! Sebab memang sedap sangatt!! Love IT!. 


3 comments: