Wednesday, 21 October 2015

'Mendoakan' orang lain adalah Terapi Diri

‘Mendoakan’ orang lain adalah Terapi diri 

Pernah tak dulu kita kawan rapat , kemudian jadi kawab baik..kongsi segala-galanya bersama. Bersembang, makan bersama, buat kerja sama-sama, kongsi perasaan marah, gembira, kecewa … sampai satu tahap tanpa dia kita hilang saat-saat bersama dulu. 

Satu perkara yang mungkin menyebabkan persahabatan atau hubungan itu berhenti disuatu titik adalah mungkin berbeza pendapat, berbeza haluan. Oh dia caranya macam tu, aku pulak caranya macam ni. Ataupun keretakan itu berpunca daripada diri sendiri yang mungkin kita? Atau saya sendiri tidak ketahui, tetapi sahabat kita tahu dimana silap kita. 

Sahabat kita yang menjadi karib malah rapat berkongsi manis dan duka, mungkin keberatan untuk menjelaskan kesilapan itu yang akan menyebabkan kita terasa. Mungkin. Tetapi , sampai suatu tahap, sahabat kita itupun terus memendam ..tanpa meluahkan..

Situasi yang terpendam ini jika tidak ditangani dengan baik, mungkin akan merosakkan persahabatan itu sendiri. Sahabat itu mungkin membuat keputusan yang tidak diduga , justeru mengundang salah faham antara mereka. Situasi ini. Sungguh mencengkam jiwa saya, kerana pernah mengalaminya. Dulu rapat, tapi atas sebab-sebab tertentu tidak seperti dulu lagi….Kecewa dengan situasi ni, terasa hilang kepercayaan. Suatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan. Tetapi sama makna dengan erti kecewa. 

Diakhir perbualan kami..kami meminta maaf satu sama lain, namun dalam keadaan yang kekok. Perasaan dimana rasa AKRAB sudah hilang waktu itu. Hilang kepercayaan. Tidak seperti dulu. Sentiasa ceria dalam setiap kata-kata, sentiasa bersemangat. Dan persahabatn itu berhenti dititik itu. Sedih, Kesal.. dengan apa yang terjadi. Ini mungkin ujian dari-Nya. Hikmah yang menguatkan hidup kita. 

Rasa kesal dan sedih dengan apa yang berlaku mungkin menghantui fikiran dan perasaan. Oleh itu, salah satu tips yang ingin dikongsikan bagi mengatasi kesal dan sedih itu adalah dengan ‘Mendoakan Kebaikan’ buat sahabat kita itu.. kita mungkin tidak dapat memperbaiki apa yang telah terjadi..tapi kita dapat mendoakan kebaikan buat dirinya. Kerana, sahabat itu adalah persinggahan yang Allah uji buat diri kita yang mungkin mengajar sesuatu dalam hidup. Namun, ia pernah datang, menghadirkan rasa bahagia, gembira, yang menggembirakan hidup kita. Bukankah ia adalah suatu yang hebat untuk dikenang? 

Doakan sahabat kita itu..Agar dipermudahkan urusan dunia & Akhirat..
Doakan sahabat kita itu..dapat capai segala impiannya.

Dengan mendoakan orang lain, kita juga mampu buat yang terbaik.

Pernah seseorang berkata pada saya, Jika Kita berjaya , sebenarnya ia adalah usaha daripada orang yang mendoakan kita. 

JOm sama-sama mendoakan buat sahabat kita yang jauh ataupun dekat. 

No comments:

Post a Comment