Tuesday, 10 November 2015

Contest Review lynk.my 2015


         


Pada suatu hari tengah khusyuk melayari Internet guna aplikasi Google, sajalah Ain klik di profile Google hasrulhassan.com iaitu 'Sifu Blogger' sebab nak tahu apa yang beliau kongsikan,  memandangkan Ain memang ikuti blog beliau, malah sering mengintai blog dari segi blogging dan juga untuk dapatkan maklumat berguna lain :) . Bila klik di profil google beliau, ini pulak yang keluar. haha. Ternampak iklan hadiah lumayan ^__^. 

    (Muka banyak bintik. bajet terkejut & gigit jari. >_< .hahaa). 

"Hadiah RM4000 untuk Blogger Malaysia". Gila Tak Nak. haha :D. Pada mereka yang blogger diluar sana. Tunggu apa lagi. ambil peluang ni :D


Hadiah untuk 50 Penyertaan terawal sudah pun habis dikebas :D. Hahaa. 

      


(Kira kreatif ke ni? Buat drama pakai towel?Berani Sungguh. DDushhh muke sebijik.:3 Ahakk). 

Buat drama pulak nak join ke tidak. eh3. Join saja la. Mana tahu. Rezeki. hehee3. Seronoknya kalau menang... nak pergi bercuti.. :D Hahaaa. hoi2. Sudah-sudah berangAN. Ok. Jom Review..



"Write A Review Contest" ini adalah anjuran lynk.my, iaitu sebuah syarikat yang menawarkan servis memendekkan sesuatu link url daripada website kepada link url yang lebih pendek. Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan dalam "Write A Review Contest" ini ? Setiap kategori menjanjikan hadiah yang sungguh lumayan.(Pergghh. Skema Ayat) hehee :3.  

Antara kategori-kategorinya ialah kategori TOP lynkUNDI, TOP SEO dan TOP CREATIVE. Memandangkan i memang tak pandai bab-bab SEO ni, lagilah tak layak untuk kategori lynkUNDI :D sebab tak popular among blogger. Sape je la nak undi i. Haha. So, i move on kat kategori TOP CREATIVE :D Masalahnya 'Creative' ke idok?.hehe. Cuba-cuba je la ye. 

Jadi? 

                                  Bagaimana sistem lynk.my ini berfungsi? 

                


Dalam konteks yang lebih besar, lynk.my menawarkan servis yang memberi kemudahan kepada medium-medium pengiklanan yang menggunakan media sosial seperti twitter, facebook, instagram dan sebagainya. Disamping dapat menjana pendapatan bagi memasarkan produk, jenama, rangkaian kedai, mahupun program-program berbentuk 'Public" dengan lebih berkesan. Hal ini adalah bagi tujuan mendapatkan 'target reader' atau 'target click' daripada link tersebut.

Justeru, dengan servis yang lynk.my tawarkan, link daripada sesebuah website yang terlalu panjang boleh di "Shrink" kan menjadi link yang lebih pendek. Contohnya seperti dibawah ini. 

Sebelum : http://msnurain.blogspot.my/2015/11/tips-penjagaan-rambut-lembut-senang.html (Link url yang terlalu panjang, tidak produktif) 

Selepas di 'Shrink' oleh lynk.my, link url akan menjadi lebih pendek dan ringkas, 


Selepas : http://lynk.my/wca (Lebih mudah dan berkesan) 

Akaun Publisher: 



Akaun Advertiser: 


*Servis rantaian pengiklanan yang mudah. :) 

Melalui servis ini juga, pengguna berdaftar lynk.my, samada akaun 'Publisher' ataupun 'Advertiser' boleh memiliki kelebihan daripada servis yang ditawarkan oleh lynk.my. Antara kelebihan-kelebihannya adalah ;

1- Pendaftaran PERCUMA! Rantaian medium pengiklanan yang mudah dan berpatutan dengan hanya RM10 sahaja, pengguna boleh mengiklan dan mempromosikan servis dan produk perniagaan/event yang mereka ada. 

2- Pengguna lynk.my dapat menjana pendapatan online secara mudah, hanya dengan 'Share' link URL yang telah dipendekkan. Pengguna akan dibayar untuk setiap kali kongsi. 

3- Matlamat lynk.my adalah membantu Malaysia terutamanya dalam aspek pengiklanan, dalam memasarkan produk, jenama, rangkaian kedai dan program-program berbentuk 'Public'. Menarik bukan :D . Rantaian pengiklanan yang mudah membolehkan medium pengiklanan disampaikan dengan berkesan. 

4- Transaksi pembayaran secara bank-transfer (online banking), ialah kaedah yang dipilih oleh lynk.my untuk membayar 'income' kepada pengguna berdaftar. 

5) Sistem lynk.my Berorientasikan 'Smart Filtering'. Mesra manusia. Menjadikan ianya selamat dari segi proxy, sekuriti yang membimbangkan. Pengguna tidak akan merasa rugi dengan khidmat servis ini. :)) 

6) Disamping kelebihan-kelebihan yang dinyatakan diatas, lynk.my juga menawarkan servis analisis statistik advertorial. Pengguna berdaftar boleh melihat analisis statistik, graf dan pelawat url link yang telah di post dan kongsi. 


Usahawan online, blogger, penulis boleh mengambil kesempatan daripada servis yang lynk.my tawarkan ini dengan menjadi pengguna berdaftar, disamping dapat menjana pendapatan tanpa menggunakan modal pengiklanan yang tinggi. 


 



Jadi, kepada Blogger-blogger Malaysia yang ingin sertai Contest Review ini bolehlah mengambil kesempatan untuk memenangi wang lumayan sejumlah RM4000 :D sebelum tarikh tutup penyertaan :) . 

Syarat-Syarat Penyertaan "Write A Review" Anjuran lynk.my

1) Terbuka kepada semua lapisan blogger. Tidak dibenar menggunakan domain@subdomain seperti contestlynk.com, contestlynk.blogspot. Hanya satu penyertaan setiap peserta. 

2) Penggunaan "Hacking Method" akan ditarik balik.

3) Pertandingan bermula 27 Oct 2015-25 Dis 2015. Namun, Penganjur berhak melanjutkan contest.

4) Penyertaan diterima sepanjang tempoh pertandingan

5) Pemenang akan diumum pada 29 Dis 2015.

6) Hadiah akan diberikan dalam tempoh 2-14 hari bekerja bermula 30 Dis 2015. 

Untuk syarat-syarat REVIEW lynk.my pula, sila click disini Syarat REVIEW & Syarat Penyertaan (Selepas di Shrink :D) haha. 

Saya ucapkan semoga berjaya kepada semua peserta yang menyertai pertandingan "write A Review" anjuran lynk.my

Jom UNDI ^__^ 
                                                 





20 comments:

  1. Semoga berjaya di contest review Lynk.my yang lumayan ini

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Thanx +mohdadib , gud luck jugak 😊 jgn lupe undi.. Hee

      Delete
  3. Wah sangat kreatif dengan kontes...

    Anyway Good Luck yer...
    Contest Review Lynk.my 2015

    Jangan lupa klik ni juga yer--->LynkUNDI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx +khairul :) , jgn lupe undi jugak ^^

      Delete
  4. Nice articles :) i don't realize that "Hacking Method" can not be used ....
    Contest Review Lynk.my by Astrallusion Arc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Done Vote for U, gud luck ! Abt the hacking method , i've reply on ur entry ^_^ 👍🏻

      Delete
  5. goodluck ain. comelll je lol hehehhe. moi dah follow sini :D

    ReplyDelete
  6. Macam comel jer... Senyum2 saya baca artikel penyrtaan anda. Tahniah... Sangat menarik dan kreatif. Semoga berjaya dalam contest review ini. :)

    ReplyDelete
  7. Salam buat Nurain... Semoga berjaya dalam Jom Bersama Kita Jayakan
    Contest Review Lynk.my 2015

    Artikel terbaik daripada Nurain.

    ReplyDelete
  8. Moga berjaya dalam contest review lynk.my 2015 tu nanti ya. Saya baru siapkan entri saya untuk contest tu.. http://saniyunus.com/contest-review-lynk-my-2015/

    ReplyDelete
  9. Good luck Sis.. Aya pun join juga.. Doktor Blogger mencuba nasib..hehe

    Jemput ke sini: CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015

    P/s: Comel..pakai tuala2 je..hehehe

    ReplyDelete