Tuesday, 3 November 2015

Easy Chocolate Mug Cake

Hai, Assalamualaikum....

Harini nak kongsi resepi kek , tapi bukan kek bulat yg besar atau empat segi tu, tapi kek dalam cawan yg biasa kita minum. Mug Cake . Mug cake resepi ni lagi simple nak buat compare dgn cake yg biasa kita buat tuuu..preparation alah berapa minit je buat. Sekadar utk buat sarapan sendiri, especially yg bachelor tu...emmm. Sesuwai sgtt. Before ni, dah 3 kali buat mug cake, tapi rasanya ala kadar jek. Tak brape moist, kdg2 tu.. Rasa mcm kering sgt. Tak habis mkn pun. Huhuu. Alamatnye buang dalam tong sampah je. Hee. Tapi kali ni Buat Mug Cake Chocolate mjdi sgt...it really taste good..itu yang tak sabar nak share ;) . 

Okay lah tak nak cakap bebanyak, nak sambung update data lepas ni. So, straight to the point...ingredient dia dibawah ni eh...please baca k. 

Ni Portion utk 1 perut sahaja. Hehee.
- 2 1/2 tablespoon, tepung gandum
- 1/4 teaspoon, baking powder
- 2 tablespoon, gula kastor
- 1/6 teaspoon, garam
- 2 tablespoon, Serbuk koko (guna Van houton) 
- 30 ml, susu full cream 
- 4 tablespoon, butter
- chocolate chips 

Cara-cara: 

1) campurkan tepung, baking powder, garam, serbuk koko dan gula kastor. Kacau.
2) masukkan sedikit demi sedikit susu...diselang-selikan sambil masuk butter.. Kacau sampai sebati dan tak berketul. Kalau adunan masih pekat. Tambahkan lagi susu sikit, supaya adunan tu kurang likat dan konsisten bila kacau. 
3) masukkan chocolate chip dalam adunan cawan tu. Kalau nk maverlous lagi, masukkan kepingan cadbury dalam tuu. Nanti jd Chocolate Molten/larva hikk2. Mavelousssss + delicious. Letak bebanyak sikitt. 
4) masukkan dalam microwave 1 minit setengah je k. Jgn lupa, turn on pada 'high' ye, bukan defrost. Hohoo. Nanti tak jd lak mug cake nyee. :) 

nah, pic ni edit kasi magic skit.hik3 :3 


  
Chocolate Mug Cake :) Gracias for reading me. I mean, this blog. Bye2. 


2 comments:

  1. perghhhh sedapnya... dahlah sy memang suka chocolate ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cube! Kena cube😄, senang je buat. Hehee

      Delete