Monday, 9 November 2015

Tips, Maintain Berat Badan

Sekarang ni dah banyak cara dan ubat/pil kurus, jus kurus, alat kurus untuk menguruskan badan dengan cepat di pasaran. Tapi i agak bimbang dengan kandungan yang 'unknown' mungkin terdapat dalam penggunaan produk tersebut. I admit bukannya tak tergoda dengan segala iklan yang begitu berkesan di tv atau mana-mana medium pengiklanan yang ada, 

cuma..masalahnya. 

Sayang nak guna duit beratus-ratus nak habiskan setiap bulan semata nak kurus. Kalau ada ubat kurus yang murah-murah .eeE. korang..tolong la jgn percaya eh. Padahal , boleh je jaga berat badan tanpa keluarkan duit. Hehee. Tapi kena ada motivation la nak buat semua tu. Tips ni sesuai untuk people yang sayang nak guna duit sendiri. Unless ada orang bayarkan. HOHOOOoo. ^^ (like me) Macam program-program penjagaan berat badan dekat pusat slimming centre mcm BizzyBody, May Slimming World, London Weight Management lah dan banyak lagi. Tapi.. mestii lah duit kena ada beribu dalam tangan. Hasil dari program-program macam ni memang berkesan. Satu kali session pun dah tunjuk penurunan berat yang banyak. Memang best lah.  

Haritu pernah join Bizzy body punya treatmeant sebab ade promotion untuk 2 kali sesi Berat badan i turun sekilo, itupun jaga jugaklah pemakanan semua untuk hasil yang lebih berkesan. Dua kali sesi je pun dah turun sekilo. Nampak tak keberkesanannyA?? Hehee. Makin besar result penurunan berat badan, maknanya makin mahal treatment tu. Sebab tu lah mahaii kuss semangat. Treatment BizzyBody tu sekali dua je i pergi, itupun sebab promotion. ngeh3. 

Walaupun i bukanlah contoh terbaik untuk kongsi tips pasal berat badan, tapi i tetap berjaya maintain berat badan sampai la umuq skarang ni ha. so, ade beberapa tips yang teringin sangat dikongsikan.

Antaranya tips2 nya...he.he.he 

1- Minum Jus Lemon + 2 Sudu Madu


        Lemon banyak khasiat.


Madu berfungsi sebagai antibiotik, ia merupakan bakteria yang baik 
untuk sistem badan manusia. I & family tahun ni memang amalkan minum madu setiap hari. 
Harap2nye, sihatlah selalu nanti... InsyAllah. 

2- Minum Psyllium Husk + 2 Sudu Madu - Untuk memudahkan proses penghadaman


ha! ni la dia Psyllium Husk. Natural remedy for constipation. Selalu dengan segelas air, letak dua 1 atau 2 sudu dengan dua sudu madu. 

 Korang.. sebelum consume Psyllium husk ni, kalau still ragu-ragu rajin2 google eh. Buat case study dulu sebelum nak consume ape-ape, takut ada efek pada yang mempunyai penyakit tertentu. Macam i, takde alergik ape2, so dengan confident nye boleh consume psyllium husk anytime. :) Tapi, kebanyakan facts yang i baca tentang psyllium husk ni, So far tak membahayakan pada sistem badan pun, sebab ia berasaskan tumbuhan, dan ia sangat berkesan untuk orang yg ada masalah constipation :) lalalala. I minum psyllium husk ni bila ada problem buang ayaq besaq je, agak-agak seminggu tak buang ayaq besaq. ni la penawarnye. Settle problemm phewwh. 

3- Lepas makan jangan duduk, baring atau telentang! Please korang kena bergerak, berjalan. Tak kisah la buat apa pun, lepas makan amik penyapu sapu sampah, pergi basuh pinggan mangkuk, rajin-rajinkan tangan dan kaki. Kalau korang amalkan ni ..takde la perut tu makin gendut ke ape. Takde la makanan yang baru makan tu melekat terus kat dinding usus. Ni semua sebab tak rajin nak bersenam..lepas makan terbongkang kat sofa..tui dak? hehe.acah je. kite tau awop sume rajin kan3.
 

4- Makesure minum air secukupnya. Korang jgn ngade2 asik nak minum air manis je. no.no.no. tak boleh. Korang kena jaga kesihatan k. Untuk 20 ke 30 thn akan datang. Kate kan korang dah terminum air manis banya ngat. Pi bilas ngan air masak eh. Bilas banyak2 pun takpa nooo..baguih minum ayaq putih banyak. 

5- Elak makan lewat malam. Ni mesti hangpa semua slalu buat kan. Cheq pun slalu buat gak. hew3. Kalau boleh dielakkan lah. Satu cara nak elak makan malam? i suggest kan uol kunyah gula-gula getah okey. #Sugarfree eh! Daripada korang bukak peti ais and nampak coklat or ice cream memalam tu kan.. baik kunyah chewing gam. #PilihanBijak pandai pun. 



6- Lompat Bintang 30 kali sebelum tidoq. Dah semput lompat terus lena tidoq. ;0 



7- Jangan Skip Sarapan ok. Makan big portion time sarapan. hew.hew 

        cc: www.studyhealth.com

9- Sekali sekala pi la jogging sat. bagi keluaq peluh. Untuk kesihatan. Niatkan untuk kesihatan, bukan nak jaga badan jekk. 


10- Yang kesepuluh belum timbul idea lg. Ada cadangan ?? :D 

No comments:

Post a Comment