Wednesday, 11 May 2016

eREZEKI HIGH APPRENTICE PROGRAM #UPDATE

Assalamualaikum,

Sebelum ni ain ada share tentang #eRezeki. Jadi kali ni ain nak share assessment yang ain dah dapat sepanjang menyertai eRezeki High Apprentice Program ni. Lebih kurang dua mingga lepas ke tiga minggu lepas macamtu ain apply program ni, sekarang dah dapat test penilaian. Penilaian test yang ain dapat yang terbaru adalah test Linguistic / English Translation / Copywriting Evaluation. Sempat jugak la ain screen shot test tu nak kongsi dengan korang yang mesti nak tau tu. Hehe. Mesti la Ain tau korang nak tau pasal erezeki ni sebab dalam banyak-banyak entry post, carian keyword tertinggi adalah #jana pendapatan #erezeki dalam blog. So, apa kata ain kembangkan lagi topik ni mengikut perkembangan program. Kan best macam tu. Share maklumat dengan uolls semua ni. 

eREZEKI Program by MDEC

Dalam 3 hari lepas ain ada terima invitation email dari eRezeki High Apprentice Program .... untuk buat assesment Linguistic/English Translation/Copywriting Evaluation. 


Instruction for Test
Memandangkan sekarang ain sibuk mengajar student pra-u tak lama lagi diorang nak exam dah, so email-email ni terabai gitu je lah, sampai lah hari ni, dalam petang pukul 5.30 macamtu kan, pegawai #highApprenticeProgram pun call suruh percepatkan penilaian test tu. Ain ingatkan boleh lah tangguh dalam seminggu  dua ke hehee.. so ain pun percepatkan tindakan buat assesment ni buat hari ini jugak. Level difficulty of the test tak sesusah IELTS exam, tapi kena prepare dari segi basic grammar, vocabulary, kepetahan dalam penterjemahan (faham ke? maksudnya..terjemah macam pro la kiranye). Ada soalan objektif, multiple question dan sebagainya. Tempoh test yang diberikan adalah selama 4 jam. Ain jawab test ni macam dah buat sebaik mungkin, tapi most of the question ain tembak je lah ikut level knowledge yang ain ade. huhu. Tapi , part yang paling ain suke part translation jeee...haha. 

Dari email yang ain dapat tu, dia ada sediakan instruction untuk menjawab. Silah follow instruction yang diberikan supaya tak mengalami sebarang masalah teknikal ketika menjawab online test ni. Walaupun dalam instruction ada mention pasal pakai pakaian yang sesuai during assesment test bagi tujuan pemantauan , tapi takde pun sebenarnya, dan encik pegawai tu pun dah confirm kan dengan ain yang dia dah off kan function video conferene untuk test ni. :) yeayy. 


So...sekarang ni tengah tunggu result la. :) Harap-harap okay la kan .. Baiklah setakat sampai disini perkongsian ain tentang eRezeki High Apprentice Programme ni. Kalau ada apa-apa lagi maklumat, jangan risau for sure ain akan share di blog. #Sharing is Good. #SharingMeansCare #SharingIsCaring.

Mukadimah Sebelum Test. Time ni berdebor. huhuu
#KATESETAKATSAMPAI DISINI
#TAPIDUKMEMBEBELLAGI #huhu 
#JustSomeThought la..hihi

Memandangkan program #erezeki ni masih baru, ain honestly looking forward terhadap kejayaan pelaksanaan program ni. Bagi ain, ianya adalah suatu pendekatan yang bijak dalam menangani masalah pengangguran. Banyak lepasan ijazah yang masih tidak mendapat kerja. Ketidakpadanan pekerjaan dengan bidang pendidikan yang dipilih. Jangan ditanya kenapa program macam ni baru buat sekarang. Haruslah bersyukur program-program seperti ini telah menjadi buah idea dan direalisasikan kepada semua. Ain bukannya tak ambil kisah pasal kepincangan korupsi yang melanda negara kita ni. Kisah je. Tapi jangan rasa terganggu disebabkan itu. Terus majukan diri supaya tidak jadi orang yang pincang. (Eh AIN apee yg ko merepek ni haaa.stop). 

Okay. Ain nak tido. Dah bajet da tadi nak membebel dalam blog sejam je. Ni dah drag 1 jam setengah. Ciss. Ok bye. Bye. Bye.Bye.... 

No comments:

Post a Comment