Saturday, 14 May 2016

Membaking di Hari Mingggu tonton Walimatul Urus Sharol & Ana

Assalamualaikum, 

Hari ini hari ahad. Esok hari isnin. Lemau betul bile pikir esok yang hari Isnin tu 🙄. Hmm. Cepat sangat masa berlalu. Masa nak bersantai pun kurang sebab hidup semakin banyak tanggungjawab. Tadi lebih kurang kul 11.30 lepas habis mengajar, sampai rumah terus ain sedia bahan-bahan membaking. Bagi ain, membaking adalah waktu santai yg ain gunakan untuk buat kerja selain mengajar, dan buat kerja-kerja lain. Kalau ain nak release tension , selain pergi bercuti. Ain membaking. A.k.a buat Kek. Huhu. Tak tau kenapa, dia macam bila buat kek tu kan uolls macam ade suatu kepuasan yang kita lakukan kerja dengan bagus. Yang mana tahap kepuasan bila membaking tu yang membuatkan tak akan rasa jemu. Betul tu uolls, sungguh ain citer ni. Kalau ain dalam dilemma kan memikirkan suatu keputusan, benda yg ain nak cari mesti tepung, mentega, telur, esen vanilla dan seangkatan dengannya. Mungkin dalam proses ain membaking tu la ain mencapai ketenangan utk membuat keputusn. Huu. Korang pulak macamanerr??? 


Bebel punya bebel...dah siap pun adunan bater kek ...hmm 😊🌸


Loyang pun siap dimasukkan dalam oven yang dipanaskan selama 20min. Time ni bahagia betul..rasa tak sabar nak tunggu taste kek ni. Padahal dah berpuloh kali buat kek. Macamtu la tahap ketidakjemuan membuat kek yang ain cube sampaikan. Tak dapat digambarkan dgn gambaran sahaja, memerlukan imaginasi dan tahap ketersampaian yang tinggi 🤔🤔 hmm.

Sambil-sambil tunggu kek masak...tengok pulak Rancangan Walimatul Urus Sharol & Ana. Cantik n sopan isteri shahrol orangnya...sempat jugak mengsnap gambar wedding diorang kat tv 😁😂 hehe


Ni majlis pengantin belah perempuan, adat johor, ada kena tol...


Pengantin perempuan..Namanya Ana Danissa kalau x silap ain


Ni masa kena tol, ada berbalas pantun, seronok pulak tgk scene wedding mcm ni. Menjadi kenangan dan memori bahagia buat shahrol & Anna 


Haa. Yang ni pulak, bila banyak sgt tol (banyaknya peringkat tol kena lepas) last-last bayar guna smart tag 😅, pastu wakil pengantin perempuan respon baki tidak mencukupi hahaa 😆. 


Pengantin perempuan menunggu dengan sabar. Mesti pengantin perempuan berdebor-debor niyh. Ecececey... Dup dap dup dap.



Last sekali...pengantin lelaki pun berjaya sampai ke atas pelamin.. 😊 hehe


Family & pengantin . Selamat Pengantin Baru Sharol & Ana ♥️♥️♥️♥️. 


Awww.. Suweet main bisik-bisik plakk. 😁 cik Ain bile lagi niyh.. Haiyaa 

Okay. The End. Cik Ain masih menunggu En. Bakal datang meminang. K bye. ✍🏻 


Owh lupe ...rancangan walimatulurus habis, kek ain pun dah ciap masak. Hehee. Ciao. 





No comments:

Post a Comment