Wednesday, 4 May 2016

RESEPI AYAM MASAK BALI SERAI BERGELIMPANGAN [Memang Sedap Bak Angg!]

#SalamIsrakMikraj ...smalam ain ade masak resepi Ayam Masak Bali hasil perkongsian daripada group facebook 'Masak Ape Hari Ini'. Femes betul group ni, yang anak dara tak tau masak skarang dah jadi pandai .emm. Contohnye mcm pemilik blog ni la cik Ain msnurain.blogspot.com huihuihui. Jangan kan yg anak dara...yg bujang terune tu pun kemain hah post gambar org bujang menyewa memasak kat dapor. Habis pengkomen-pengkomen facebook penuh nak cop sorg satu buat menantu hahaha. Cik Ain bace komen-komen makcik-makcik ni geli hati dibuatnya.. Memang release tension la group ni. 
Apepun ain memang happy join group 'Masak Apa Hari Ini' macam-macam resepi ain blajar ..dari masakan melayu..cina ..india.. Semuanya rajin berkongsi resepi dan tak lokek nak kongsi ilmu memasak mereka. Antara resepi-resepi sedap yg ain cube masak ni la die..resepi Ayam masak bali, tapi ain dah buat improvisation sikit mengikut tekak dan selera ain. Tapi tidak la sampai mengubah resepi asal. Okay disebabkan ain buat improvisation haptuih (tgeliat nak sebut.hahaa) ain pun cipta nama baru...iaitu [Resepi Ayam Masak Bali Serai Bergelimpangan] ...hohohoo^^ apedie?? Kenapa bergelimpangan? Tengok la kat gambar tu...kan serai bergelimpangan macam eksidenn...haha..



#[Resepi Ayam Masak Bali Serai Bergelimpangan] 

Bahan-bahan bersama tatacara memasak : 

1. Ayam suka hati kilogram digoreng separuh garing




2. kisar 1 biji bawang merah , 4 ulas bwg putih, 4 batang cili api, halia besar ibu jari, masukkan 2 sudu besar cili merah kisar dan blend kan sekali



3. Ketuk 6 batang serai dalam lesung batu, kemudian gorengkan serai tu sampai layu warna kuning.



4. Masukkan daun kari dua tangkai. Tumis sampai wangi. 
5. Masukkan bahan yg dikisar dalam blender tu...tuang semua , tumis sampai naik bau.. Umm wangi oi satu rumah

6. Masukkan kicap 3 sudu besar , gula dan garam sesedap rasa .. Konfem delicious wehh. 😋😋 Selamat Mencube 😍😍 🍽 nomnomnom


No comments:

Post a Comment