Thursday, 26 May 2016

Seketika gembira?

Ada suatu ketika, aku rasa ujian yg datang tu ..perasaan mengeluh datang...'apa pulak ujian yg nak datang lepas ni' tertanya-tanya lagi dalam hati 'ujian yg mcamane pulak ye Allah nak bagi kat aku'. Seolah-olah try to prepare yourself at the worst thing. Jujurnya, aku mmg takut dgn ujian-ujian yg Allah beri. Antara persoalan2 hati dan fikiran pada saat bibir dan bahasa badan aku lumpuh sepenuhnya. Hanya aku dan fikiran. Memandang ke langit. Antara aku dan fikiran. Memikirkan tentang Allah. Pencipta aku. Betapa kerdilnya aku. Memikir betapa Allah yang menentu segala tsurat dan tsirat. Aku tahu dalam pada tahap-tahap ujian yang manusia terima sebagai hamba, Dia tahu kemampuan hamba-Nya (kat sini pun aku dah rasa kerdil betapa Allah maha mengetahui segala-gala nya). Allah takkan biarkan aku terkapai-kapai. Sesuatu yang aku dan kita kena percaya. Macam coach munir cakap umpama 'Sauh' (ala macam sauh kat laut tu). Yang aku faham 'umpama sauh' ni kalau sauh dipacakkan kat laut, So..sauh dalam hidup pulak merujuk kepada suatu keyakinan atau kepercayaan yang dipacakkan dalam hati kita. Andaikan manusia tu kapal, keyakinan dan kepercayaan pulak sauh, Allah adalah tempat kiita bergantung atau tapak dimana sauh itu dipacakkan. Andai kata kalau sauh tempat kita berpacak tu longgar...bmkna kpercayaan/keyakinan kita pada Allah longgar. Tanpa bantuan dan pertolongan Allah kapal kita mungkin hanyut entah kmane tanpa tujuan. 

Pernah tanya tak pada diri yg dalam hidup kita ni apa sauh yg kita dah pacakkan ? Untuk survive jalani hidup dan akhirat nanti. Ini la tanda tanya yg timbul dlm otak aku mase coach munir bgi motivation. Terasa jugak la. Banyak jugak la kalau dari segi transferrable skill (ilmu-ilmu kehidupan) aku dah tertinggal. Sebab ape? Sebab aku silap setting matlamat hidup. Matlamat hidup aku sendiri pun x jelas. Honestly, dari segi matlamat hidup aku direction die mcm bengkang-bengkok, Allah bagi ujian baru sikit. Itupun dah goyah sauhnye. *Astagfirullahhalazim* Dalam setiap ujian yg datang..aku berfikir mcmane nak istiqomah dgn ujian2 yg dtg.. Bila fikirkan yg ujian yg dtg pada diri aku hanyalah sekelumit sahaja klau nk dibandingkan mereka yg dilanda peperangan yg bukan mereka minta. Moga mereka tabah. Berilah mereka kekuatan Ya Allah! Sebagaimana kekuatan yang kau berikan kepada mereka yang bertaqwa. Jauh dalam sudut hati aku , merekalah pejuang yang sebenar. 

#penulisanAgakDramatikKaliIni
#JanganTanyaKenapa
#SamaSamaMuhasabahDiri
#SedariBahawaDuniaIniBukanMilikKita
#MogaKitaSentiasaDalamKeinsafan

Sharing is Caring.

Lots of Love,

Msnurain.blogspot.com

2 comments:

  1. cuba hayati makna surah ar rahman.. :)



    Blogwalking Sini, Jemput Join Segmen Saya Ni :)

    Pencarian #9 Bloglist segmen....

    ReplyDelete
  2. kita kena sentiasa muhasabah diri untuk jadi manusia yang lebih baik..

    ReplyDelete